Pada bulan September 2023 yang lalu, Honda Motorcycle & Scooter India (HMSI) secara rasmi memperkenalkan model Honda SP125 Sports Edition 2023. Ianya adalah sama dengan model Honda CB125F 2024 di pasaran Eropah, yang diperkenalkan pada bulan November 2023.
Untuk pasaran India, Honda SP125 Sports Edition 2023 tampil dengan dua pilihan warna yang menarik dan sporty iaitu Decent Blue Metallic dan Heavy Grey Metallic. Harga jualannya pula ditawarkan sebanyak Rs. 90,567.00, bersamaan nilai RM 5,078.47 mengikut kadar semasa.
Enjinnya bersesaran 123.94cc (eSP, 4-stroke, SI engine, air-cooled, PGM-FI) dengan transmisi lima kelajuan, serta patuh piawaian emisi BSVI OBD2. Keluaran maksimumnya 10.7hp @ 7,500rpm dengan tork 10.9Nm @ 6,000rpm. Kapasiti penuh tangki bahan apinya 11.2 liter.
Spesifikasi menarik lain termasuklah lampu depan LED, panel meter digital, ACG starter motor, Engine Start/Stop Switch, Integrated Headlamp Beam & Passing Switch, suspensi belakang jenis berkembar (5-step adjustable), dan sistem brek dengan teknologi CBS with Equalizer.
Honda SP125 Sports Edition 2023 berdiri di atas tayar depan dan belakang bersaiz 80/100-18 dan 100/80-18, manakala tinggi tempat duduknya 790 mm. Untuk ciri keselamatan tambahan, model seberat 116 kg (kerb weight) itu turut dilengkapi dengan Side Stand Engine Cut-Off.