Imej paten SYM VF3i 185 2024 generasi baharu kini terdedah, bakal dilancarkan di pasaran Malaysia

Pada pertengahan bulan Disember 2023 yang lalu, sebuah model motosikal moped terbaharu telah dikesan sedang menjalani ujian jalan raya di Malaysia. Berdasarkan reka bentuknya, model itu dipercayai sebagai model SYM VF3i 185 2024 generasi baharu untuk pasaran tempatan.

Terkini, imej paten model moped berkenaan telah didedahkan oleh rakan Arena Motosikal iaitu Vanhoe Rage, dan ianya telah disahkan sebagai model yang sama yang terpapar di dalam imej spyshot sebelum ini. Melalui paparan imej-imej paten tersebut, rekaan dan penampilan model itu kini menjadi semakin sporty dan kemas, terutamanya melalui pandangan dari bahagian sisi.

Setakat ini, pengedar rasmi SYM di Malaysia iaitu MForce Bike Holdings belum mengeluarkan sebarang maklumat mengenai model SYM VF3i 185 2024 generasi baharu ini. Namun ianya dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi di pasaran Malaysia, mungkin pada akhir tahun ini.

Artikel menarik yang berkaitan :