Di pasaran Thailand, Yamaha Spark 135 merupakan salah sebuah model moped popular, sama seperti model Yamaha 135LC di pasaran Malaysia. Bagi model tahun 2007, Yamaha Spark 135 tampil dalam dua pilihan versi iaitu RX (tanpa klac tangan) dan RR (dengan klac tangan).
Bagi versi RX, ianya didatangkan dengan empat pilihan warna menarik. Di bahagian roda, ianya dilengkapi rim berjejari sahaja tanpa pilihan rim aloi. Bagi versi RR, ianya juga tampil dengan empat pilihan warna menarik. Pilihan rim roda pula tersedia dalam versi berjejari dan aloi.
Berdasarkan maklumat terdahulu, Yamaha Spark 135 dilengkapi enjin bersesaran 134.4cc (liquid-cooled, 4-stroke, SOHC, 4-valve) dengan transmisi empat kelajuan. Setakat ini di pasaran Thailand, legasi Yamaha Spark 135 kini diteruskan oleh model Yamaha Exciter 155 sahaja.