Kawasaki baru-baru ini telah memperkenalkan empat buah model Ninja edisi 40th Anniversary, iaitu Ninja ZX-4RR, Ninja ZX-6R, Ninja ZX-10R dan Ninja ZX-14R.
Terkini, sebuah lagi model Ninja dalam edisi 40th Anniversary diperkenalkan, namun ianya tampil dengan skim warna yang berbeza iaitu Firecracker Red / Ebony.
Model tersebut ialah Kawasaki Ninja 650 40th Anniversary Edition 2024, di mana skim warnanya yang menarik itu diinspirasikan daripada model Kawasaki GPZ900R 1985.
Spesifikasi enjinnya pula masih sama seperti model standard, iaitu 649cc (liquid-cooled, 4-stroke, parallel twin, DOHC, 8 valves) dengan kuasa 68PS dan tork 64Nm.