Model moped Yamaha 135LC Fi 2024 rasmi dilancarkan untuk pasaran Malaysia, dengan empat skim warna terbaharu iaitu White, Navy dan Cyan untuk versi Standard, dan Blue untuk versi SE. Harga jualan asas ditawarkan bermula dari RM 8,298.00 untuk versi Standard, dan RM 8,798.00 untuk versi SE. Setiap pembelian juga akan menerima kunci cakera Yamaha bernilai RM 100.00.
Selain daripada perubahan warna, Yamaha 135LC Fi 2024 tidak menerima sebarang peningkatan baharu di bahagian spesifikasi. Imbas kembali, model berkenaan dikuasakan enjin 135cc dengan transmisi empat kelajuan, yang menghasilkan prestasi 12.47hp @ 8,000rpm dengan tork 12.2Nm @ 6,000rpm. Tangki bahan apinya berkapasiti 4.6 liter, dan tinggi tempat duduk hanya 775 mm.
Artikel berkaitan :
- Yamaha 135LC Fi 2022 generasi terbaharu dilancarkan untuk pasaran Malaysia, harga asas bermula dari RM 7,798.00
- Yamaha 135LC Fi 5MRO Malaysia Edition 2022 dilancarkan untuk pasaran tempatan, harga asas RM 9,198.00