Salah sebuah model skuter terbaharu yang ketika ini ditawarkan oleh Keeway di pasaran Eropah ialah Keeway Vieste 300XDV 2023. Model tersebut sebenarnya sama seperti model WMoto XDV250i 2023, yang dilancarkan di pasaran Malaysia pada Disember 2022.
Namun Vieste 300XDV dilengkapi enjin yang lebih besar, bersesaran 278cc (1-cylinder, 4-stroke, 4-valve, SOHC, liquid-cooled) dengan janaan 25.5hp @ 8,250rpm dan tork 24Nm @ 7,000rpm. Enjin itu kemudiannya dipadankan dengan sistem transmisi automatik CVT.
Spesifikasi lain seperti fork depan upside-down, suspensi belakang berkembar, sistem brek cakera depan dan belakang, tayar berukuran 110/70-13 (depan) dan 130/70-13 (belakang), tinggi tempat duduk 800 mm, jarak kelegaan tanah 160 mm, dan berat kering 159 kg.
Keeway Vieste 300XDV 2023 seterusnya dilengkapi tangki bahan api berkapasiti 13.5 liter, sistem lampu LED, panel meter digital pelbagai informasi, pengecas USB untuk kemudahan mengecas telefon, dan ruang storan barang-barang yang luas di bawah tempat duduk.