Menurut sumber, salah sebuah model terbaharu yang mungkin akan dilancarkan oleh Modenas pada tahun ini untuk pasaran Malaysia ialah Modenas Dominar 250 2023.
Sebenarnya khabar angin mengenai pelancaran model sport tourer yang dijenamakan semula daripada model Bajaj Dominar 250 ini telah pun bertiup sejak tahun 2021 lagi.
Namun sehingga kini pihak Modenas masih menyepi dan belum memberikan sebarang petunjuk yang jelas, sama ada benar atau tidak model tersebut akan dilancarkan nanti.
Jika benar Modenas Dominar 250 2023 dilancarkan di pasaran tempatan, sudah tentu ianya akan menjadi antara pilihan terbaik di samping model Modenas Dominar 400.
Ini kerana model tersebut hanya dilengkapi enjin bersesaran 248.77cc, bermakna ianya sangat sesuai untuk pemilik lesen B2 tanpa perlu mereka menaik taraf lesen ke B Full.
Tambahan pula harga asas untuk Modenas Dominar 250 pastinya lebih berpatutan jika dibandingkan dengan harga asas Modenas Dominar 400 iaitu sebanyak RM14,497.00.
Jadi diharapkan Modenas akan melancarkan Modenas Dominar 250 2023 pada tahun ini, kerana ianya merupakan antara model yang ditunggu-tunggu oleh ramai peminat.