Model bergaya retro Yamaha XSR155 2022 baru saja diperkenalkan di pasaran negara jiran Thailand, kali ini tampil dengan tiga skim pilihan warna terbaharu. Berbanding versi tahun sebelumnya, model Sport Heritage itu kini didatangkan dengan tiga pilihan warna yang lebih menarik iaitu Mat Blue, Classic Black dan juga WGP 60th Anniversary.
Month: May 2022
QJ Motor SRT800 dan SRT800X 2022 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga asas bermula dari RM 39,888.00
Selepas pelancaran model terbaharu QJ Motor SRK600 2022, MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. pada hari ini dengan rasminya melancarkan pula model adventure terbaharu QJ Motor SRT800 2022. Model itu didatangkan dalam dua pilihan varian iaitu Standard (SRT800) dan X (SRT800X), dengan harga jualan asas dari RM39,888.00 untuk varian Standard dan RM 42,888.00 untuk varian X […]
Suzuki Burgman Street tampil sporty dan elegan, bilakah ianya akan dilancarkan di pasaran Malaysia?
Di pasaran tempatan pada ketika ini, Suzuki Malaysia baru saja melancarkan tiga buah model motosikal dengan enjin 150cc iaitu Suzuki Raider R150, Suzuki GSX-S150 dan Suzuki GSX-R150. Selepas ini mungkin sebuah model skuter terbaharu pula yang akan dilancarkan, namun belum pasti model yang mana satukah bakal menjadi pilihan nanti.
Yamaha Ténéré 700 World Raid 2022 diperkenalkan, bersedia untuk aksi kembara lebih ekstrem pada jarak yang lebih jauh
Pada pertengahan Februari 2022 yang lalu, Yamaha secara rasminya memperkenalkan jentera adventure terbaharu iaitu Yamaha Ténéré 700 World Raid 2022, untuk pasaran Eropah. Merupakan model yang ketiga selepas Yamaha Ténéré 700 2022 dan Yamaha Ténéré 700 Rally Edition 2022, ianya tampil berbeza dengan spesifikasi lebih canggih.
Nilai Ringgit Malaysia semakin lemah, adakah akan berlaku kenaikan harga motosikal di pasaran tempatan?
Baru-baru ini Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA) iaitu Datuk Aishah Ahmad, berkata kini wujud kemungkinan besar akan berlaku kenaikan harga kereta di Malaysia berikutan peningkatan kos yang terpaksa ditanggung oleh pengeluar. Antara sebabnya ialah kenaikan harga bahan mentah, kos logistik dan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia.
QJ Motor SRK600 2022 kini dengan rasminya dilancarkan di pasaran Malaysia, harga asas hanya RM35,888.00
Model naked terbaharu QJ Motor SRK600 2022 kini dengan rasminya telah dilancarkan di pasaran Malaysia. Didatangkan dengan dua pilihan warna yang menarik Pearl White dan Flaming Red, harga jualan asas yang ditetapkan untuk model berkenaan hanyalah RM 35,888.00, dan harga itu tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan.






