Untuk pasaran Thailand, Honda sejak tahun lepas telah memperkenalkan model kapcai terbaharu Honda Wave 110i 2021, yang tampil dengan beberapa naik taraf terkini yang cukup menarik. Kini untuk tahun 2022, model tersebut telah diperkenalkan semula baru-baru ini, tampil dengan kemaskini warna dan grafik baharu yang kelihatan lebih segar.
Month: March 2022
Suzuki Raider R150 Fi 2022 kini di pasaran Malaysia, tersedia dalam dua pilihan warna, harga asas RM 8,173.00
Model moped terbaharu Suzuki Raider R150 Fi 2022 akhirnya secara rasmi dilancarkan di pasaran Malaysia, pada tarikh 10hb. Mac 2022. Tampil dalam dua pilihan warna iaitu Titan Black dan Metallic Matte Stellar Blue / Titan Blue, model tersebut ditawarkan pada harga asas RM 8,173.00, yang boleh dikatakan berpatutan dan cukup kompetetif.
SYM Husky ADV 150 2022 dilancarkan di pasaran China, harga bersamaan RM 15,755.31
Skuter adventure terbaharu SYM Husky ADV 150 2022 yang sebelum ini diperkenalkan buat pertama kali di EICMA 2021, kini rasmi dilancarkan di pasaran China baru-baru ini. Didatangkan dalam dua pilihan warna disertai beberapa komponen aksesori keemasan, harga jualannya di pasaran China ialah CNY 23,800, bersamaan nilai RM 15,755.31.
Honda Supra X 125 FI 2022 tampil dengan skim warna baharu di pasaran Indonesia, harga bermula dari RM 5,444.95
PT Astra Honda Motor (AHM) baru-baru ini telah memperkenalkan Honda Supra X 125 FI 2022, yang kini tampil dengan skim warna baharu. Untuk pasaran Indonesia, model tersebut didatangkan dalam pilihan warna Golden Matte Black dan Energetic Red untuk varian CW (Cast Wheel), dan warna Quantum Black untuk varian SW (Spoke Wheel).
Selepas ini, adakah Suzuki Malaysia akan turut melancarkan Suzuki GSX250R, Suzuki Gixxer 250 dan Suzuki Gixxer SF250?
Era baharu Suzuki di pasaran Malaysia kini boleh dikatakan baru saja bermula, dengan pelancaran tiga buah model terbaharu dalam segmen 150cc iaitu Suzuki Raider R150, Suzuki GSX-S150 dan Suzuki GSX-R150, baru-baru ini. Selepas ini, mungkinkah masih terdapat model-model menarik lain dalam segmen 250cc, yang akan turut dilancarkan?
GPX POPZ 110 2022 dilancarkan di pasaran Jepun, harga jualan bersamaan RM 9,441.27
GPX Japan Co.,Ltd. baru-baru ini rasmi melancarkan model kapcai terbaharu iaitu GPX POPZ 110 2022, untuk pasaran domestik Jepun. Didatangkan dalam lima pilihan warna menarik seperti British Green, Vermilion Orange, Satin Silver, Candice Red dan Cavyn Super Black, harga jualannya ialah sebanyak 264,000 Yen, bersamaan RM 9,441.27.






