Selepas tujuh bulan dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia, model moped popular Yamaha Y16ZR 2021 kini telah menerima versi istimewa pertamanya. Model tersebut kini tampil dalam versi Doxou, dan ianya merupakan model yang ketiga selepas dua model Doxou sebelumnya iaitu Yamaha NVX Doxou 2019 dan Yamaha Y15ZR Doxou 2019.
Month: October 2021
WMoto WM110 2021 kini tampil lebih sporty dan segar dengan kemaskini warna terbaharu
Model kapcai WMoto WM110 2021 kini tampil lebih sporty dan segar, apabila menerima kemaskini warna dan jalur grafik terbaharu. Masih lagi mengekalkan tema warna seperti mana versi terdahulu iaitu Hitam, Biru dan juga Merah, penampilan keseluruhan model itu kini kelihatan lebih premium dan menyerlah, dengan harga jualan yang mampu milik.
Yamaha RX-S keluaran tahun 1988, model klasik yang kini bertaraf legenda
Jika anda masih ingat, Arena Motosikal pernah menyiarkan artikel ringkas tentang model Yamaha RX-S keluaran tahun 1981 sebelum ini. Kali ini, disiarkan pula gambar-gambar menarik model tersebut yang dikatakan model keluaran tahun 1988, yang kini tampil lebih menarik dalam dua skim pilihan warna, dan pastinya dengan gaya klasik yang tersendiri.
Honda Monkey 125 2022 kini di pasaran Jepun, tiga pilihan warna, harga jualan bersamaan RM 16,085.01
Model terbaharu Honda Monkey 125 2022 kini rasmi ditawarkan di pasaran Jepun, sejak tarikh 27hb. September 2021 yang lepas. Untuk pasaran Jepun, model kompak itu hadir dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Pearl Nebula Red, Pearl Glittering Blue dan Pearl Shining Black, dengan harga jualan sebanyak 440,000 Yen, bersamaan RM 16,085.01.
Suzuki GSX-R1000R Phantom 2021 diperkenalkan dengan naik taraf yang tersendiri, harga jualan £17,499.00
Pada awal Oktober 2021 baru-baru ini, Suzuki dengan rasminya telah memperkenalkan sebuah model terbaharu dalam versi istimewa iaitu Suzuki GSX-R1000R Phantom 2021. Untuk pasaran UK, harga jualan yang ditetapkan untuk model tersebut adalah sebanyak £17,499.00, bersamaan nilai RM 100,465.51 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.
Yamaha NMAX 155 2021 di pasaran Thailand kini tampil dengan pilihan warna baharu Power Grey
Di pasaran Thailand, Yamaha NMAX 155 2021 ditawarkan dalam pilihan dua varian iaitu Standard dan Connected. Bagi varian Standard, model skuter tersebut baru-baru ini telah menerima pilihan warna baharu Power Grey, menjadikan pilihan warna yang ditawarkan kini kepada empat kesemuanya termasuk Phantom Blue, Anodized Red dan Matte Black.






