Suzuki Hayabusa 2022 serba baharu secara rasminya dilancarkan di pasaran Filipina, pada tarikh 26hb. Jun 2021 baru-baru ini. Untuk negara kepulauan itu, Hayabusa hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Glass Sparkle Black, Pearl White dan juga Matte Sword Silver. Harganya ditetapkan sebanyak PHP 1,088,000.00, bersamaan RM 92,239.66.
Menurut Suzuki, jentera legenda Hayabusa generasi ketiga serba baharu ini kini hadir dengan lebih 550 komponen baharu, termasuklah rekaannya yang dikemaskini semula dan tampil lebih tajam, lebih sporty dan lebih segar berbanding model terdahulu. Sekali pandang, DNA kental Hayabusa jelas dapat dilihat pada model berprestasi tinggi ini.
Suzuki Hayabusa 2022 masih mengekalkan casis sedia ada, namun kini ianya telah disemak semula bersama-sama subframe baharu, sistem brek baharu dan juga talaan sistem suspensi baharu. Enjinnya juga masih mengekalkan sesaran 1,340cc (4-stroke, 4-cylinder, liquid-cooled, DOHC) yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.
Hamburan kuasa maksimumnya kini mencapai angka 197hp @ 9,800rpm dengan tork maksimum 150Nm @ 7,000rpm. Walaupun masih mengekalkan enjin terdahulu, ianya telah mengalami rekaan semula sepenuhnya dengan pelbagai komponen baharu, yang bukan sahaja meningkatkan prestasinya, malah kini mematuhi piawaian emisi Euro 5.
Suzuki Hayabusa 2021 yang serba canggih ini turut dilengkapi versi baharu Suzuki Intelligent Ride System (SIRS) dan teknologi six axis Inertial Measurement Unit (IMU), yang mengawal pelbagai rangkaian elektronik termasuklah cornering ABS, traction control, cruise control, launch control, bi-directional quickshifter, engine brake control, three power modes, dan plus three preset rider modes and three user defined modes.
Selanjutnya, ianya juga dibekalkan sistem pendikit elektronik canggih ride-by-wire yang beroperasi dengan pelbagai sistem kawalan elektronik yang lain, panel instrumen yang kini didatangkan paparan TFT ditengahnya, sistem lampu LED di bahagian depan dan belakang rekaan baharu, serta cakera depan 320 mm dengan kaliper Brembo stylema.
Spesifikasi lain termasuklah sistem suspensi KYB dengan ciri boleh laras sepenuhnya, tangki bahan api dengan kapasiti maksimum 20 liter, tempat duduk dengan ketinggian 800 mm, tayar depan dalam siri 120/70ZR17M/C (58W) dan tayar belakang dalam siri 190/50ZR17M/C (73W), dan berat jentera legenda itu mencapai 264 kg (kerb mass).