Suzuki Gixxer SF250 2021 kini ditawarkan di pasaran Filipina, harga RM 14,575.82

Pasaran Filipina sebelum ini menawarkan model naked Suzuki Gixxer 250, yang dijual pada harga PHP 165,000.00, bersamaan RM 13,742.92 mengikut kadar semasa. Kini model kembarnya Suzuki Gixxer SF250 2021 yang dilengkapi fairing penuh turut sama ditawarkan, dengan harga jualan sebanyak PHP 175,000, bersamaan RM 14,575.82.

Setakat ini laman web Suzuki Motors Philippines masih belum menyiarkan maklumat mengenai model Gixxer SF250, namun spesifikasi enjinnya adalah sama dengan model Gixxer 250. Ini bermakna ianya dikuasakan enjin 249cc (4-stroke, 1-cylinder, SOHC, 4-valve) dengan kuasa maksimum 26.13hp @ 9,300rpm dan tork 22.2Nm @ 7,300rpm.

Enjin tersebut dilengkapi sistem suntikan bahan api elektronik, sistem penyejukan ‘oil-cooled’ dan dipadankan transmisi enam kelajuan. Reka bentuk model Gixxer SF250 ini sememangnya sporty dan pastinya memenuhi citarasa pengguna motosikal di pasaran Filipina. Untuk pasaran Malaysia, model ini juga dijangka akan turut dilancarkan.

Artikel berkaitan :