Benelli 302R 2020 di pasaran Eropah tampil dengan dua skim warna baharu yang lebih sporty

Benelli 302R merupakan sebuah model sport full fairing yang ditawarkan oleh Benelli di kebanyakan pasaran dunia, termasuklah di negara kita Malaysia. Pada bulan Jun 2020 yang lepas, model tersebut telah menerima skim warna baharu khusus untuk pasaran China, dalam empat pilihan warna yang menarik iaitu merah, putih, hijau dan biru.

Bagaimanapun untuk pasaran Eropah pada penghujung tahun yang lepas, Benelli 302R telah muncul dengan dua skim pilihan warna terbaharu, yang ternyata berbeza dengan skim warna yang diperkenalkan untuk pasaran China. Berdasarkan pemerhatian, skim warna baharu itu buat masa ini hanya ditawarkan di pasaran Montenegro dan Slovakia.

Aspek spesifikasi teknikal pula didapati tidak mengalami sebarang perubahan dan kekal seperti mana model sebelumnya. Benelli 302R dikuasakan enjin dalam sesaran 300cc (2-cylinder in-line, DOHC, 8 valves, liquid cooled) dan dipadankan transmisi enam kelajuan, dengan keluaran kuasa 38PS @ 10,000rpm dan tork 27.4Nm @ 9,000rpm.

Di bahagian suspensi, model tersebut menggabungkan fork depan upside-down dengan suspensi belakang jenis monoshock. Pemberhentian yang lebih selamat seterusnya ditugaskan kepada sistem brek cakera depan berkembar dan cakera belakang tunggal. Tayar depan dan belakang pula didatangkan dalam siri 110/70-R17 dan 150/60-R17.

Benelli 302R dilengkapi tangki petrol dengan kapasiti penuh 14 liter, manakala beratnya mencapai 190 kg (unladen weight). Untuk model tahun 2021, setakat ini masih belum ada sebarang maklumat sama ada Benelli 302R ini akan menerima naik taraf terkini melibatkan aspek rekaan, spesifikasi teknikal dan ciri-ciri terbaharu yang lebih moden.


Artikel Popular Minggu Ini :

Katalog elektronik Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Vietnam), plus video model pertama masuk ke pasaran Malaysia

Honda RS160R 2021 untuk pasaran Malaysia, adakah ianya versi Honda Winner X 160 2021 di pasaran Vietnam?