Ducati Superleggera V4 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga RM 888k, unit tunggal sudah ada pemilik

Jentera supersport ringan dan paling berkuasa Ducati Superleggera V4 buat pertama kalinya diperkenalkan pada bulan Februari 2020. Kemudiannya pada bulan Jun 2020, unit pertama model tersebut dengan nombor pengeluaran 001/500 secara rasminya diserahkan kepada pelanggan pertama Filip Van Schil yang berasal dari Belgium.

Dan kelmarin pula pada tarikh 11hb. Disember 2020, Ducati Superleggera V4 secara rasminya dilancarkan untuk pasaran Malaysia, dengan memegang nombor pengeluaran 210/500. Setakat ini hanya satu unit sahaja ditawarkan untuk pasaran tempatan, pada harga yang ditetapkan sebanyak RM 888,000.00, dan ianya sudah pun ada pemilik.

Pemiliknya ialah Datuk Nazir Hussin Akhtar Husin, anda boleh melihat gambar-gambar penyerahan model tersebut kepada beliau dalam galeri di bawah. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai spesifikasi Ducati Superleggera V4 dan gambar-gambar studio yang menarik, anda boleh membaca artikel terdahulu seperti mana dalam pautan berikut :