Aveta RX110 2020 terima kemaskini warna baharu dan rim aloi dengan rekaan lebih sporty

Motosikal kapcai Aveta RX110 2020 terbaharu kini telah menerima kemaskini warna terkini, di samping menggunakan rim aloi rekaan lima bilah yang semakin menawan. Empat warna baharu itu ialah Kuning dengan rim berwarna kuning, Hitam dengan rim berwarna hijau, Biru dengan rim berwarna biru dan Merah dengan rim berwarna hitam.

Selain itu rekaan grafik juga didapati telah berubah berbanding Aveta RX110 versi terdahulu yang buat pertama kalinya diperkenalkan pada bulan Mac 2020. Rekaan rim lima bilah terbaharu juga didapati lebih sporty berbanding rekaan rim terdahulu jenis pusaran, yang mana ianya kini mirip rim yang melengkapi model Yamaha 135LC.

Spesifikasi teknikal yang lain dipercayai masih kekal sama, iaitu dilengkapi enjin empat lejang satu silinder 110cc, sistem sejukan udara dan transmisi empat kelajuan berputar. Kuasa yang terhasil mencapai angka 7.8hp @ 7,500rpm dengan tork maksimum 7.8Nm @ 6,500rpm. Turut melengkapinya ialah sistem penghidup jenis elektrik dan enjutan.

Aveta RX110 2020 turut dilengkapi tangki petrol dengan isian penuh 4.2 liter, suspensi depan teleskopik, suspensi belakang berkembar (gas, teleskopik), brek jenis cakera di bahagian roda depan, brek jenis dram di bahagian roda belakang, rim aloi 17 inci, saiz tayar depan 70/90-R17, saiz tayar belakang 80/90-R17, dan berat bersih 123 kg.

Sumber gambar : Tr Motorworld Sdn Bhd FB

Artikel berkaitan : Aveta DY90 dan Aveta RX110 kini di pasaran Malaysia


Artikel Popular Minggu Ini :

Katalog elektronik Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Vietnam), plus video model pertama masuk ke pasaran Malaysia

Honda RS160R 2021 untuk pasaran Malaysia, adakah ianya versi Honda Winner X 160 2021 di pasaran Vietnam?