Kymco KRV 2021 dilengkapi enjin 175cc, lengan ayun bebas dan sistem pacuan tali sawat

Kymco memperkenalkan model skuter terbaharu yang dikenali dengan nama Kymco KRV, dikatakan sebagai model skuter kompak pertama yang dilengkapi lengan ayun bebas (independent swing-arm). Model tersebut juga dilengkapi sistem pacuan akhir menggunakan tali sawat yang lebih senyap dan kurang masa penyelenggaraan.

Ciri-ciri lain yang melengkapi Kymco KRV model tahun 2021 itu antaranya seperti sistem brek ABS, TCS, sistem lampu LED dan sistem tanpa kunci (keyless). Ianya juga mempunyai lantai rata untuk posisi tunggangan optimum, manakala sistem suspensinya telah ditala untuk keselesaan tunggangan berseorangan atau bersama penumpang.

Kymco KRV dikuasakan enjin bersesaran 175.1cc (OHC, 4 Stroke, 4V, Single Cylinder) dengan sistem suntikan bahan api dan penyejukan cecair, dan menghasilkan kuasa maksimum 16.72PS (12.3kW) @ 7,500rpm dengan tork maksimum 15.68 @ 6,000rpm. Sistem brek cakera di depan dan belakang melengkapkan ciri keselamatannya.

Roda depan dan belakang buatan material aloi aluminium Kymco KRV masing-masing dipasangkan tayar dalam siri 110/70-R13 dan 130/70-R13, sementara ketinggian tempat duduknya berada pada paras 795 mm. Kymco KRV 2021 dilengkapi tangki bahan api dengan kapasiti penuh 7.2 liter, dan beratnya ialah 133.5 kg (curb weight).


Artikel Popular Minggu Ini :

Dayang ADV150 diilhamkan daripada model Honda ADV150, dilengkapi enjin lebih berkuasa dan kamera depan belakang

Pelancaran rasmi Honda ADV150 2021 dijangka pada bulan Februari depan, harga asas sekitar RM 14k

Penampilan baharu Yamaha Exciter 155 VVA 2021 apabila dipasangkan lampu depan (headlamp) Yamaha Exciter 150