Suzuki Satria F150 2021 diperkenalkan di pasaran Indonesia

Selepas pelancaran Suzuki Raider R150 2021 di pasaran Vietnam yang tampil dengan kemaskini warna baharu yang lebih segar dan sporty, kini tiba pula giliran Suzuki Satria F150 2021 untuk pasaran Indonesia yang turut menerima kemaskini warna baharu.

Suzuki Satria F150 2021 kini hadir dengan pilihan lima warna dan grafik baharu yang lebih menarik dan sporty, tiga daripadanya ialah warna dalam siri Special Edition iaitu Titan Black – Met Triton Blue, Titan Black – Pearl Bright Ivory dan Titan Black. Pilihan dua warna dalam siri Predator Series pula ialah Matt Bordeaux Red dan Matt Black.

Aspek teknikal pula tiada sebarang perubahan, bermakna Suzuki Satria F150 2021 ini masih mengekalkan enjin bersesaran 147.3cc satu silinder, sejukan cecair dan DOHC 4-valve, dengan kuasa maksimum 18.3hp @ 10,000rpm dan tork puncak 13.8Nm @ 8,500rpm. Spesifikasi tersebut sama seperti model Suzuki Satria F150 2020.

Untuk pasaran Indonesia, Suzuki Satria F150 2021 dalam siri Special Edition dan Predator Series kedua-duanya ditawarkan pada harga yang sama iaitu Rp. 25,360,000, bersamaan RM 7,202.59 mengikut kadar tukaran semasa. Untuk pasaran Malaysia pula, nantikan kemunculan Suzuki Belang R150 Fi 2021 tidak lama lagi.

(Visited 164 times, 1 visits today)