Untuk pasaran Eropah, Yamaha menawarkan Yamaha YZF-R125 dan Kawasaki menawarkan Kawasaki Ninja 125. Bagi Aprilia, pengeluar motosikal dari Itali itu menawarkan Aprilia 125 dengan reka bentuknya mirip model supersport Aprilia RSV4, bermula dari bahagian depan hingga belakang, termasuk lampu depan jenis triple.
Spesifikasi yang dibekalkan untuk Aprilia 125 model tahun 2020 ini juga impresif, bermula dari kerangka perimeter aluminium, lampu belakang LED, paparan instrumen panel dengan pelbagai informasi bagaikan untuk perlumbaan sebenar, port pengecas USB, dan posisi tunggangan yang sporty mirip menunggang motosikal besar.
Aprilia 125 turut dilengkapi suspensi depan dengan fork upside-down 41 mm, suspensi belakang tunggal (asymmetric swingarm with monoshock), brek cakera depan 300 mm dengan kaliper radial 4 piston dan ABS, brek cakera belakang 218 mm dengan kaliper piston tunggal, dan rim aloi ringan dengan enam bilah terpisah yang dipasangkan tayar tanpa tiup masing-masing dalam siri 100/80 – 17 (depan) dan 130/70 – 17 (belakang).
Untuk penjana kuasa, Aprilia RS 125 mempunyai enjin bersesaran 124.2cc (four stroke, liquid cooled, single cylinder with electronic injection, 4 valves, DOHC) yang dipadankan kotak gear enam kelajuan. Enjin yang mematuhi piawaian Euro 4 itu menghasilkan kuasa maksimum 15hp @ 10,750rpm dengan tork puncak 10.5Nm @ 8,000rpm. Tangki bahan api model sportbike itu pula mempunyai isian penuh sehingga 14.5 liter.
Aprilia RS 125 2020 hadir dalam dua pilihan warna iaitu Silver Speed dan Black Speed, termasuklah versi istimewa Aprilia RS 125 GP Replica 2020 yang tampil dengan warna dan grafik yang didedikasikan kepada pasukan MotoGP Aprilia. Model tersebut dilengkapi sistem transmisi dengan Quick Shift dan penutup tempat duduk belakang sebagai ciri standard.
Untuk pasaran UK, harga Aprilia RS 125 ditetapkan sebanyak 4,499 Pound (bersamaan RM 24,392.06 mengikut kadar semasa), manakala Aprilia RS 125 GP Replica berharga sebanyak 4,599 Pound (bersamaan RM 24,932.09 mengikut kadar semasa). Untuk pasaran Malaysia, Aprilia RS4 125 pernah ditawarkan pada harga RM 29,311.90 untuk pasaran tahun 2012, dan RM 27,000.00 untuk model tahun 2016.