Demak MV 135 dilengkapi enjin 135cc, transmisi 4-kelajuan

Dalam bulan Mac 2018 sewaktu pulang ke kampung, saya telah singgah di sebuah kedai menjual motosikal kerana tertarik dengan model Demak MV 135 yang dipamerkan di luar kedai tersebut. Rekaannya mirip model Yamaha E115M, namun dilengkapi enjin empat lejang bersesaran 135cc dengan transmisi empat kelajuan.

Pada mulanya saya terkejut kerana tidak menyangka model tersebut dilengkapi enjin sebesar 135cc, kerana menyangkakan ia hanya dilengkapi enjin 110cc sahaja. Tambahan pula reka bentuknya bagaikan sebuah model kapcai dengan enjin kecil dan tidak mungkin akan mengatasi enjin 125cc miliki model Demak Evo Z 125R.

Berdasarkan maklumat daripada kedai motosikal BS Seng Motors pula yang bertarikh 05hb. November 2017, harga tunai untuk motosikal 135cc tersebut adalah sebanyak RM 3,399.00 sahaja,

Agak pelik kerana harga tersebut sangat berpatutan untuk sebuah model kapcai @ moped dengan enjin 135cc. Bagaimanapun tidak pasti ketika Demak MV 135 ini masih berada di pasaran beberapa tahun yang lepas, adakah ianya berjaya mencatatkan jualan yang baik atau pun tidak. Apa pula pendapat anda berkenaan model ini?