Honda CBR250RR 2020 bakal dilancarkan di pasaran Jepun pada bulan Julai akan datang

Untuk musim 2020, Honda bakal melancarkan CBR250RR versi terbaharu yang kini dikatakan telah menerima peningkatan dari aspek kuasa enjin. Model tersebut sebelum ini bakal dipamerkan secara rasmi di Osaka Motorcycle Show 2020 kali ke-36 dan di Tokyo Motorcycle Show 2020 kali ke-47, namun terpaksa dibatalkan kerana Covid-19.

Berdasarkan maklumat rasmi daripada pihak Honda, CBR250RR 2020 terbaharu akan hadir dengan dua pilihan warna Pearl Glare White dan Grand Prix Red (Tricolour), namun menurut Young Machine, model tersebut juga akan dilancarkan bersama-sama model berwarna hitam. CBR250RR 2020 akan boleh didapati dalam versi standard (non-ABS) dan juga versi ABS, dengan ciri quick shifter tersedia sebagai pilihan.

Antara ciri-ciri menarik yang ada pada model CBR250RR 2020 ini ialah ianya didatangkan dengan rim roda berwarna emas untuk ketiga-tiga warna bagi model ABS, namun warna putih memiliki kerangka berwarna merah yang lebih menarik berbanding kerangka berwarna perak untuk tricolour dan kerangka hitam untuk model hitam.

Berkenaan peningkatan kuasa enjin, ianya dikatakan bakal mencapai angka 41PS berbanding jumlah kuasa asal sebanyak 38PS, demi mencabar kehadiran model Ninja ZX-25R yang dijangka mempunyai jumlah kuasa enjin menjangkau 45PS. Menurut Young Machine lagi, Honda CBR250RR 2020 ini akan dilancarkan di pasaran Jepun pada bulan Julai 2020 akan datang, sama-sama kita tunggu.

Artikel berkaitan :

(Visited 1,511 times, 1 visits today)