Harley-Davidson secara rasminya memperkenalkan model terbaharu Harley-Davidson Sportster S 2021, dalam tiga pilihan warna yang menarik iaitu Midnight Crimson, Stone Washed White Pearl dan Vivid Black. Untuk pasaran USA, model tersebut ditawarkan pada harga sebanyak $14,999.00, bersamaan RM 63,363.28 mengikut kadar semasa.

