Jenama pengeluar motosikal dari Itali, MV Agusta kini kembali ke pasaran Malaysia, kali ini diedarkan oleh AFY Mobility Industries Sdn Bhd (AMI). Setakat ini menurut maklumat rasmi, MV Agusta Malaysia Sdn Bhd akan memasang model-model keluarannya secara pemasangan tempatan, melalui kilang pemasangan milik AMI di Glenmarie, Shah Alam.
Tag: MV Agusta
MV Agusta Brutale 1000 Nürburgring 2021 diperkenalkan, edisi terhad 150 unit, harga bermula dari RM 192,337.98
MV Agusta baru-baru ini rasmi memperkenalkan sebuah model terbaharu iaitu MV Agusta Brutale 1000 Nürburgring 2021, dalam edisi terhad 150 unit sahaja. Harganya bermula dari 39,900 Euro, bersamaan RM 192,337.98 mengikut kadar semasa. Kesemua unit model tersebut memiliki nombor siri masing-masing di sebelah sisi kanan air intake (XXX / 150).
MV Agusta F3 Rosso 2021 diperkenalkan, 147hp, 88Nm, kelajuan maksimum 240 km/j
MV Agusta serah empat unit Turismo Veloce 800 Lusso SCS kepada unit bermotosikal pasukan polis Milan, Itali
MV Agusta baru-baru ini telah menyerahkan empat unit motosikal kepada ibu pejabat pasukan polis Milan, Itali. Keempat-empat model Turismo Veloce 800 Lusso SCS yang didatangkan dengan livery Italian State Polis itu kini menyertai dua unit Turismo Veloce dan dua unit Rivale 800, yang lebih awal diserahkan kepada Nibbio Motorcycle Unit.
MV Agusta Superveloce Alpine 2021 diperkenalkan, edisi terhad 110 unit, harga bersamaan RM 178k
MV Agusta dan pengeluar kereta Alpine dari Perancis telah memperkenalkan hasil kerjasama antara kedua-duanya iaitu MV Agusta Superveloce Alpine 2021, terhad 110 unit sahaja. Jumlah pengeluaran dan pilihan warna Blue/Ago Silver untuk model istimewa tersebut merupakan refleksi jelas kepada model kereta sport Alpine A110.






