Syarikat pengeluar motosikal tempatan Modenas pada tarikh 31hb. Ogos 2021, secara rasminya mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan sebuah model motosikal terbaharu tidak lama lagi. Melalui video teaser yang disiarkan, model terbaharu itu hadir dengan tagline yang sangat menarik iaitu “lebih kuat, lebih pantas dan lebih agresif”.

