Di pasaran negara jiran Indonesia, Kawasaki menawarkan sebuah model cafe racer yang cukup menarik, dengan kapasiti enjin 177cc (Air-cooled, 4-stroke, SOHC, 2 valves). Model tersebut ialah Kawasaki W175 Cafe 2023, tampil dengan dua pilihan warna Putih dan Abu-abu, dan ditawarkan dengan harga jualan sebanyak Rp. 35,600,000, bersamaan RM 10,848.06 (kadar semasa).
Tag: Kawasaki
Kawasaki W175 SE 2023 di pasaran Indonesia kini tampil dengan tiga pilihan warna baharu, harga RM 10,453.67
Kawasaki Z125 Pro 2023 kini tampil dengan tiga warna terbaharu untuk pasaran USA, harga $3,399.00
Model kompak Kawasaki Z125 Pro 2023 baru saja diperkenalkan di pasaran USA, kini tampil dengan tiga pilihan warna terbaharu iaitu Pearl Matte Sage Green, Firecracker Red dan Metallic Ocean Blue. Harga jualan yang ditawarkan pula adalah sebanyak $3,399.00, bersamaan nilai sebanyak RM 15,762.86 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.
Kawasaki W175 2023 dilancarkan di pasaran India, harga bermula dari RM 8,318.56
Kawasaki baru-baru ini rasmi melancarkan model terbaharu Kawasaki W175 2023 untuk pasaran India. Model tersebut tampil dalam dua pilihan varian, Standard dengan warna Ebony dan Special Edition dengan warna Candy Persimmon Red, masing-masing dengan harga jualan sebanyak Rs. 1,47,000 (RM 8,318.56) dan Rs. 1,49,000 (RM 8,431.74).
Model kembara Modenas Versys 650 2023 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada tahun depan
Modenas baru-baru ini dengan rasminya melancarkan dua buah model terbaharu hasil kerjasama dengan Kawasaki, iaitu Modenas Ninja 250 dan Modenas Z250 di pasaran Malaysia. Bagi segmen 650cc, Modenas turut mengumumkan bahawa syarikat itu bakal melancarkan model-model seperti Ninja 650, Z650, Vulcan S 650, dan Versys 650.
Kawasaki Versys-X 250 Tourer 2023 diperkenalkan di pasaran Jepun, harga RM 23,088.34
Model adventure Kawasaki Versys-X 250 Tourer 2023 untuk pasaran domestik Jepun ini baru saja diperkenalkan, namun jualan rasminya hanya akan bermula pada tarikh 15hb. Oktober 2022 akan datang. Untuk musim 2023, model tersebut hanya menerima pilihan skim warna tunggal Pearl Matte Sage Green / Metallic Matte Carbon Gray sahaja.






