Setelah lama menunggu dengan pelbagai spekulasi, akhirnya Kawasaki Ninja ZX-25R 2023 kini rasmi dipamerkan di tapak pameran Kawasaki, bertempat di MotoGP Malaysia 2022 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, dari 21 – 23 Oktober 2022 (Jumaat – Ahad). Model itu dipamerkan dalam dua skim warna iaitu KRT Edition dan Metallic Matte Graphene Steel Gray.
Tag: Kawasaki
Kawasaki Ninja ZX-25R 2023 dilancarkan di pasaran Thailand, harga bersamaan RM 37,706.07
Kelmarin, Kawasaki Motors Enterprise (Thailand) Co.,Ltd. secara rasminya melancarkan model sport bike Kawasaki Ninja ZX-25R 2023 terbaharu untuk pasaran Thailand. Hanya satu varian sahaja ditawarkan buat masa ini iaitu varian yang dilengkapi dengan sistem ABS dan KQS (Kawasaki Quick Shifter), sama seperti varian ABS SE yang ditawarkan di pasaran Indonesia.
Kawasaki Ninja ZX-25R 2023 bakal dipamerkan di Litar Sepang sempena MotoGP Malaysia 2022
Berita baik untuk semua peminat model sport bike Kawasaki Ninja ZX-25R. Menurut maklumat daripada pelbagai sumber di media sosial hari ini, Kawasaki dan EMOS (Modenas) bakal menayangkan model tersebut di Litar Antarabangsa Sepang mulai Jumaat ini, bersempena perlumbaan MotoGP Malaysia yang diadakan dari 21hb. sehingga 23hb. Oktober 2022.
Kawasaki Ninja ZX-10R 2023 terima kemaskini warna baharu di pasaran Eropah dan USA
Model supersport Kawasaki Ninja ZX-10R 2023 kini rasmi diperkenalkan di pasaran Eropah dan USA, dengan pilihan warna terbaharu yang lebih menarik. Bagi pasaran Eropah dan USA, kedua-duanya menerima pilihan warna KRT Edition versi paling terkini yang sama, namun bagi pilihan warna standard, kedua-dua pasaran itu menerima skim warna yang berbeza.
Kawasaki Ninja 650 2023 kini di pasaran USA, harga jualan bermula dari $7,999.00
Model sport bike kelas pertengahan Kawasaki Ninja 650 2023 sebelum ini telah diperkenalkan di pasaran Eropah, dengan dua pilihan warna terbaharu Lime Green / Ebony (KRT Edition) dan Metallic Matte Graphenesteel Gray / Ebony. Sementara itu di pasaran USA baru-baru ini, model tersebut diperkenalkan dengan dua pilihan warna terbaharu yang berlainan iaitu Metallic Matte Graphenesteel […]