Di pasaran ASEAN, model sport bike dengan enjin 250cc empat silinder iaitu Kawasaki Ninja ZX-25R ketika ini hanya ditawarkan di pasaran Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam. Pasaran Malaysia pula sehingga kini masih menantikan kehadirannya, dengan kemungkinan akan dilancarkan oleh Modenas selaku pengedar Kawasaki Malaysia.
Tag: Kawasaki Ninja ZX-25R
Kawasaki Ninja ZX-25R 2022 kini di pasaran Filipina, pilihan warna tunggal KRT Edition, harga RM 34,457.28
Selepas pasaran Indonesia, Thailand dan juga Jepun, Kawasaki Ninja ZX-25R 2022 kini rasmi diperkenalkan di pasaran Filipina, pada penghujung bulan Julai yang lepas. Berbanding model tahun 2021, pasaran negara kepulauan itu kini hanya menerima satu pilihan warna tunggal sahaja iaitu dalam versi KRT Edition (Lime Green / Ebony).
Kawasaki Ninja ZX-25R 2022 diperkenalkan di pasaran Jepun, harga jualan bermula dari RM 32,694.47
Kawasaki Ninja ZX-25R 2022 telah dilancarkan untuk pasaran Indonesia dan Thailand dalam bulan Jun 2021. Terbaru ianya dilancarkan pula untuk pasaran Jepun, dalam tiga versi dan juga warna iaitu Standard (Metallic Spark Black), SE (Metallic Matte Graphene Steel Gray / Metallic Spark Black) dan SE KRT Edition (Lime Green / Ebony).
Kawasaki Ninja ZX-25R 2022 di pasaran Thailand terima kemaskini dua skim warna terbaharu, harga RM 35,265.54
Pada tarikh 11 Jun 2021 yang lepas, Kawasaki Ninja ZX-25R 2022 di pasaran negara Indonesia secara rasminya tampil dengan beberapa pilihan skim warna terbaharu yang lebih sporty dan segar. Dan pada hari ini pula untuk pasaran di negara Thailand, model tersebut turut menerima kemaskini skim warna terbaharu yang lebih menyerlah.
Kawasaki Ninja ZX-25R 2022 hadir dengan empat pilihan warna baharu di pasaran Indonesia
Kawasaki Motor Indonesia (KMI) pada hari ini dengan rasminya melancarkan model terbaharu Kawasaki Ninja ZX-10R 2021 untuk pasaran Indonesia. Pada masa yang sama sewaktu majlis pelancaran yang dilakukan secara maya di saluran YouTube KMI tadi, sebuah lagi model baharu turut diperkenalkan iaitu Kawasaki Ninja ZX-25R 2022.
Kawasaki Ninja ZX-25R 2021 di pasaran Mauritius, ditawarkan pada harga bersamaan RM 37k
Kawasaki Ninja ZX-25R 2021 merupakan salah sebuah model sport bike yang menjadi idaman ramai peminat motosikal di seluruh dunia. Namun begitu model yang dilengkapi enjin 250cc empat silinder itu hanya ditawarkan secara rasmi di beberapa buah pasaran tertentu, seperti di pasaran Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina dan juga Jepun.






