Setelah lama menunggu dengan pelbagai spekulasi, akhirnya Kawasaki Ninja ZX-25R 2023 kini rasmi dipamerkan di tapak pameran Kawasaki, bertempat di MotoGP Malaysia 2022 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, dari 21 – 23 Oktober 2022 (Jumaat – Ahad). Model itu dipamerkan dalam dua skim warna iaitu KRT Edition dan Metallic Matte Graphene Steel Gray. (more…)
Tag: Kawasaki Ninja ZX-25R
Kawasaki Ninja ZX-25R 2023 dilancarkan di pasaran Thailand, harga bersamaan RM 37,706.07
Kelmarin, Kawasaki Motors Enterprise (Thailand) Co.,Ltd. secara rasminya melancarkan model sport bike Kawasaki Ninja ZX-25R 2023 terbaharu untuk pasaran Thailand. Hanya satu varian sahaja ditawarkan buat masa ini iaitu varian yang dilengkapi dengan sistem ABS dan KQS (Kawasaki Quick Shifter), sama seperti varian ABS SE yang ditawarkan di pasaran Indonesia. (more…)
Kawasaki Ninja ZX-25R 2023 bakal dipamerkan di Litar Sepang sempena MotoGP Malaysia 2022
Berita baik untuk semua peminat model sport bike Kawasaki Ninja ZX-25R. Menurut maklumat daripada pelbagai sumber di media sosial hari ini, Kawasaki dan EMOS (Modenas) bakal menayangkan model tersebut di Litar Antarabangsa Sepang mulai Jumaat ini, bersempena perlumbaan MotoGP Malaysia yang diadakan dari 21hb. sehingga 23hb. Oktober 2022. (more…)
Jangkaan harga Modenas Ninja ZX-25R 2023 di pasaran Malaysia, adakah hanya sekitar RM 29k?
Model sport bike yang ditunggu-tunggu selama ini, Modenas Ninja ZX-25R 2023 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada tahun depan. Namun tarikh sebenar pelancaran model tersebut masih belum diumumkan oleh pengedarnya Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS), namun mungkin akan berlangsung dalam suku pertama atau kedua 2023. (more…)
Kawasaki Ninja ZX-25R 2022 kini tiba di pasaran Hong Kong, harga jualan bersamaan RM 44,661.34
Pada bulan April 2022 yang lepas, Kawasaki Ninja ZX-25R 2022 telah tiba di pasaran Hong Kong, dengan dua pilihan warna terbaharu. Model berkenaan sebelum ini terlebih dahulu dilancarkan untuk pasaran Indonesia, Thailand, Jepun, Filipina dan Vietnam. Di pasaran Hong Kong, harga jualannya ialah HK$ 79,800, bersamaan RM 44,661.34. (more…)