Model terbaharu Honda Monkey 125 2022 kini rasmi ditawarkan di pasaran Jepun, sejak tarikh 27hb. September 2021 yang lepas. Untuk pasaran Jepun, model kompak itu hadir dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Pearl Nebula Red, Pearl Glittering Blue dan Pearl Shining Black, dengan harga jualan sebanyak 440,000 Yen, bersamaan RM 16,085.01.

