Honda Vietnam pada tarikh 20hb. Mei 2022 baru-baru ini secara rasminya melancarkan model skuter terbaharu Honda Air Blade 2023. Masih mengekalkan reka bentuk seperti mana model sebelumnya, Honda Air Blade generasi keenam itu tetap menawarkan ciri-ciri terkini, seperti enjin eSP+ dengan teknologi 4-valve terbaharu yang lebih moden.
Tag: Honda Air Blade
Honda Air Blade 2022 dijangka bakal dilancarkan di pasaran Vietnam pada tarikh 20hb. Mei 2022
Honda Vietnam melalui laman Facebook rasmi mereka telah mengumumkan bahawa syarikat berkenaan bakal melancarkan sebuah model terbaharu, pada tarikh 20hb. Mei 2022 akan datang. Berdasarkan paparan imej di dalam video teaser mengenai model tersebut, berkemungkinan besar ianya merupakan pelancaran Honda Air Blade 2022.
Honda Air Blade 2022 bakal dilancarkan di pasaran Vietnam dengan enjin baharu 125cc dan 160cc (eSP+ 4-valve)
2021 Honda Air Blade 125cc dan 150cc (Vietnam) Salah seorang pembaca blog Arena Motosikal dari Vietnam, Phạm Thiện, baru-baru ini telah mengirimkan maklumat mengenai pendaftaran motosikal baharu untuk pasaran Vietnam. Model tersebut ialah skuter Honda Air Blade 2022 serba baharu, yang bakal dilengkapi enjin 125cc dan 160cc, dengan kelengkapan teknologi eSP+ dan 4-valve.



