Model skuter adventure terbaharu Honda ADV160 2022 secara rasminya dilancarkan di pasaran Indonesia pada tarikh 01hb. Julai 2022 yang lalu. Selain tampil dengan rekaan facelift terkini yang lebih sporty dan elegan, serta tampil dengan pelbagai ciri-ciri baharu yang lebih menarik, model tersebut juga dikuasakan enjin baharu bersesaran 156.9cc.
Tag: Honda ADV160 Model Year 2022
Honda ADV160 2022 dilancarkan di pasaran Indonesia, varian CBS dan ABS, harga bermula dari RM 10,610.20
PT Astra Honda Motor (AHM) hari ini rasmi melancarkan model skuter terbaharu Honda ADV160 2022, dalam dua pilihan varian CBS dan ABS. Mempunyai enam pilihan warna kesemuanya, model tersebut ditawarkan dengan harga Rp. 36,000,000 (RM 10,610.20) untuk varian CBS, dan sebanyak Rp. 39,250,000 (RM 11,568.07) untuk varian ABS.


