Jentera pengembaraan Honda CRF1100L Africa Twin 2023 baru saja diperkenalkan di pasaran Eropah, kini didatangkan dengan dua pilihan warna terbaharu Glint Wave Blue Metallic Tricolour dan Mat Ballistic Black Metallic. Sementara itu, satu lagi pilihan warna iaitu Grand Prix Red daripada musim 2022 turut kekal ditawarkan untuk musim 2023.

