Tag: 2022 Suzuki V-Strom SX 250

Suzuki V-Strom SX 250 dijangka bakal dilancarkan tidak lama lagi, unit ujian telah dikesan di jalan raya Malaysia

Menurut sumber terkini dari rakan media MotoMalaya.net, Suzuki Malaysia dijangka bakal melancarkan model terbaharu Suzuki V-Strom SX 250 tidak lama lagi. Setakat ini kelibat unit ujian motosikal tersebut dikatakan telah berjaya dikesan di jalan raya negara kita baru-baru ini, namun tiada sebarang gambar spyshot yang berjaya dirakamkan.