Salah sebuah model skuter terbaharu yang mendapat perhatian ramai baru-baru ini ialah GPX Drone, hasil kerjasama di antara syarikat pengeluar motosikal GPX Thailand dan pengeluar skuter terkenal SYM Taiwan. GPX Drone yang dikuasakan enjin 150cc tampil dengan reka bentuk menarik dan telah pun ditawarkan di pasaran Thailand.