Category: Suzuki

Suzuki Gixxer 250 2023 dan Suzuki Gixxer SF250 2023 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga bermula dari RM 14,500.00

Suzuki Malaysia kini secara rasmi melancarkan dua model terbaharu yang ditunggu-tunggu, iaitu Suzuki Gixxer 250 2023 dan Suzuki Gixxer SF250 2023. Kedua-duanya berada di dalam kategori yang berbeza iaitu naked dan sport bike, namun dilengkapi enjin yang sama bersesaran 249cc (4-stroke, single-cylinder, SOHC, 4-valve) dengan padanan sistem transmisi enam kelajuan. Enjin itu kemudiannya dilengkapi dengan […]

Suzuki V-Strom 1050 2023 kini di Malaysia, harga RM 78,800.00

Suzuki Malaysia kini menawarkan model adventure terbaharu Suzuki V-Strom 1050 2023. Model berkenaan hadir dalam dua pilihan warna menarik Pearl Vigor Blue dan Glass Blaze Orange, dan ianya merupakan model CBU dari Jepun. Harga asasnya ialah sebanyak RM 78,800.00. Enjinnya bersesaran 1,037cc (4-stroke, liquid-cooled, DOHC, 90˚ V-Twin) dan dipadankan sistem transmisi enam kelajuan. Prestasi maksimumnya […]

Suzuki Katana 2024 edisi terhad diumumkan untuk pasaran USA

Jentera naked Suzuki Katana 2024 telah diumumkan di pasaran USA, yang tersedia dalam edisi terhad dan boleh ditempah mulai tarikh 20hb. Oktober 2023. Kelebihan yang ditawarkannya ialah melalui beberapa peningkatan baharu seperti enjin yang kini lebih berkuasa, dan termasuklah kini dilengkapi Ride-by-Wire electronic throttle bodies dan Bi-directional Quick Shift System baharu.

Suzuki V-Strom 800RE 2024 diperkenalkan di pasaran Eropah

Selepas Suzuki V-Strom 800DE 2023, pasaran Eropah kini dengan rasminya diperkenalkan pula model Suzuki V-Strom 800RE 2024. Untuk makluman, DE bermaksud ‘Dual Explorer’, sementara RE bermaksud ‘Road Explorer’. Menurut Suzuki, V-Strom 800RE akan tiba pada November 2023, dengan harga £9,699.00 di pasaran UK, bersamaan nilai RM 55,973.67 mengikut kadar semasa.