
Selain mempertaruhkan dua varian Sprint 180 edisi 2026 dalam saingan skuter tempatan, Vespa Malaysia turut melancarkan model Vespa Primavera S (2026).
Vespa Primavera S 180 diperkenalkan dengan harga badan RM21,500 dan pilihan warna diberikan hanya dua iaitu Putih (White Innocente) dan Biru (Blue Capri).

Enjin Baharu
Primavera S ialah skuter ketiga dalam rangkaian produk Vespa terbaharu yang menggunakan enjin terbaharu 174cc di Malaysia. Enjin bukan sekadar dibesarkan tetapi ditambah baik beberapa aspek.
- Enjin satu silinder i-get 174cc SOHC 3-injap dengan sistem sejukan udara dan suntikan bahan api.
- Anggaran kuasa maksimum 14.8hp @ 8,000rpm
- Anggaran tork maksimum 13.7Nm @ 6,000rpm
- Tangki minyak 7.5 liter
- Transmisi CVT
Agak lambat tingkatkan kapasiti enjin? Tapi tidak mengapa kerana segmen skuter masih menunjukkan trend berkembang di Malaysia.
Vespa Primavera S 180 juga menerima beberapa penambahbaikan seperti:
- Meter LCD berwarna dengan paparan digital sepenuhnya.
- Sistem kemasukan tanpa kunci.
- Cermin sisi berbentuk bulat (dulu bersegi).
- Hiasan panel depan (bow tie) baharu.
- Madgad dengan hiasan baharu (crest).
- Pelindung ekzos baharu.
- Rim aloi rekaan baharu.
- Cangkuk.




















