Suzuki Burgman 15 (2026) sudah tiba di Filipina, ada potensi masuk Malaysia?

suzuki burgman 15 filipina 1

Filipina menjadi negara pertama di Asia Tenggara untuk melancarkan skuter Suzuki Burgman 15 edisi 2026 dengan dua warna pilihan iaitu putih dan hitam.

Jika diluaskan radiusnya, Colombia nampaknya ialah negara pertama dunia (luar China) yang menampilkan skuter Suzuki Burgman 15 (2026). Tapi ada tambahan pilihan warna iaitu kelabu.

Bezanya ialah Burgman 15 di Filipina dapat dua ciri tambahan iaitu:

  • Sistem Pemantauan Tekanan Angin Tayar (TPMS)
  • Rak untuk pasang kotak simpanan atas (top box).

Suzuki Burgman 15 mengisi tempat kekosongan antara Burgman Street (125) dan Burgman 400. Harga badan Suzuki Burgman 15 di Filipina ialah 165,000 peso (anggaran RM10,932).

suzuki burgman 15 Filipina 2

Spesifikasi Suzuki Burgman 15 (2026)

suzuki burgman 15

  • Enjin satu silinder 149cc SOHC 2-injap dengan sistem suntikan bahan api dan sistem sejukan cecair, menghasilkan kuasa 14.2hp dan tork 14.2Nm.
  • Kotak gear CVT automatik
  • Lampu depan LED jenis ‘trio’. Lampu kiri dan kanan ialah lampu rendah. Lampu bahagian tengah adalah lampu tinggi.
  • Sistem kekunci pintar.
  • Meter digital penuh TFT berwarna dengan paparan mode siang dan malam.\
  • Ada dua soket USB Type-C. Satu dalam glove box dan satu lagi bawah tempat duduk.
  • Rim aloi 14 inci dengan tayar 110/80 (depan) dan 130/70 (belakang)
  • Ada teknologi Sistem Kawalan Cengkaman (TCS).
  • Sistem brek cakera depan dan belakang. Masing-masing ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Sistem absober berkembar dengan sub-tangki.
  • Ruang simpanan bawah tempat duduk sebesar 25 liter.
  • Tangki minyak 8 liter. Anggaran 348km dengan satu isian penuh petrol.
  • Panjang 2,100mm, lebar 755mm dan tinggi 1,250 mm.
  • Jarak roda 1,315mm dan jarak bumi 135mm.
  • Tinggi tempat duduk 760mm.
  • Berat kasar 150kg.

Artikel Berkaitan

Galeri Gambar Suzuki Burgman 15