Peugeot Motocycles Malaysia buka pusat pengedaran & servis pertama di Pulau Pinang

Selepas jenama skuter Peugeot Motocycle membuat debut di Malaysia, pusat pengedar pertama berstatus perdana jenama Perancis itu dibuka di Bukit Tambun, Simpang Ampat di Pulau Pinang.

Dikenali sebagai Peugeot Motocycle Penang, pusat itu diuruskan pengedar Peugeot Motocycle Malaysia (Aveta International) iaitu Chuan Keat Motor Trading.

Premis Peugeot Motocycle Penang (Bukit Tambun) itu dilengkapi sebuah pusat servis, bahagian alat ganti komprehensif dan aksesori serta barangan gaya hidup.

Sebanyak tiga model skuter terbaharu Peugeot iaitu XP400 GT, Django dan Speedfight 4+ disediakan untuk tunggang uji.

Lokasi cawangan lain

Selain Pulau Pinang, Peugeot Motocycle Malaysia di bawah Aveta International sudah mengumumkan beberapa destinasi yang akan didirikan cawangan pengedaran mereka iaitu di Johor, sekitar Lembah Klang, Kedah, Melaka dan Negeri Sembilan. Ini adalah pengembangan fasa pertama.

Apa kata orang kuat?

Pengurus Besar Aveta International, Tan Soon Wei berkata:

“Untuk memastikan pengalaman pemilikan berterusan, rangkaian khidmat servis mobil bergerak Aveta Care on Wheels juga akan memberi liputan bantuan penuh kepada pelanggan Peugeot Motocycles.”

Ketua Pegawai Eksekutif Peugeot Motocycle Groupe, Laurent Lilti berkata:

“Menyambut pelanggan pertama untuk model XP400 GT dan juga Speedfight 4+ pada hari ini (hari pelancaran) adalah satu momen yang amat membanggakan untuk jenama ini.”

Artikel Berkaitan: