KTM Malaysia lancar model KTM 390 Adventure R, KTM 390 Adventure X, KTM 390 Enduro R dan KTM 390 SMC R

KTM Malaysia melancarkan empat model terbaharu dalam siri KTM 390 ke pasaran tempatan membabitkan jentera dalam segmen adventure, supermoto dan dual-sport.

Ketibaan barisan produk baharu itu mengembangkan keluarga siri 390 menjadi lima model selain 390 Duke yang tersedia ada di pasaran domestik.

Empat model yang diperkenalkan dengan harga badan adalah seperti berikut:

  • KTM 390 Adventure R: RM33,300
  • KTM 390 Adventure X: RM29,300
  • KTM 390 Enduro R: RM27,300
  • KTM 390 SMC R: RM27,300

Harga badan ini adalah harga tidak termasuk cukai jalan, caj pendaftaran dan insurans.

Enjin yang digunakan keempat-empat model ini adalah sama iaitu enjin 4-lejang LC4c jenis satu silinder 398.7cc DOHC 4-injap dengan sistem sejukan cecair dan sistem suntikan bahan api.

Output kuasa juga sama iaitu 45PS (44.4hp) @ 8,500rpm dan tork puncak 39Nm @ 7,000rpm. Sistem transmisi kekal 6-kelajuan manual siap dengan Quickshifter dwi-arah secara ciri standard.

Karakter dan sasaran setiap model siri 390 ini tertumpu kepada selera pelanggan berbeza iaitu:

KTM 390 Adventure R

  • Model dwi-kegunaan yang dikelaskan sebagai jentera paling sesuai untuk tunggangan off-road dalam segmen KTM 390.
  • Dilengkapi instrumen meter TFT berwarna saiz 5 inci.
  • Ada tiga mode tunggangan iaitu Street (standard) dan dua lagi iaitu Off-Road dan Rain.
  • Ada penghadang angin gayaan Rally dan pelindung tangan (hand guard).
  • Fork USD 43mm WP Apex Open Cartidge dengan jarak gerak 230mm.
  • Monoshock belakang WP Apex Separate Piston.
  • Ada ciri Kawalan Cengkaman.
  • Ada Sistem Brek ABS Belokan dan ABS Off-road.

KTM 390 Adventure X

  • Kategori sama seperti model 390 Adventure R tetapi fokusnya lebih kepada mereka yang ingin menceburi dunia penggembaraan KTM
  • Lebih mudah dikenalikan untuk tunggangan off-road.
  • Ketinggian pelana lebih rendah iaitu 825mm.
  • Ada ciri ABS Off-Road.
  • Tangki minyak 14 liter.
  • Meter LCD 5 inci.
  • Fork WP Apex yang tidak boleh dilaras.
  • Monoshock WP Apex Emulsion.
  • Ada ABS Off-Road.

KTM 390 Enduro R

  • Model dwi-kegunaan yang diinspirasi daripada model KTM 690 Enduro R.
  • Merupakan model kapasiti terkecil dalam keluarga Enduro KTM.
  • Memiliki berat kering ringan iaitu 159kg, lebih mudah dikemudi di laluan trail dan jalan berturap.
  • Rim multi-jejari depan 21 inci, belakang 18 inci.
  • Meter TFT berwarna 4.2 inci H42
  • Dilengkapi modulator Bosch 10.3MB dengan sambungan ABS standard dan opsyen ABS Off-Road.
  • Peg kaki, klac, brek dan suspensi boleh laras.
  • Fork USD 43mm WP Apex Open Cartidge dengan jarak gerak 230mm.
  • Monoshock belakang WP Apex Separate Piston.
  • Brek cakera belakang 240mm dengan kaliper 1-piston.

KTM 390 SMC R

  • Model untuk penunggang yang ingin nikmati keseronokan tunggangan jalan raya dan trek.
  • Tergolong sebagai supermoto kapasiti paling kecil dalam keluarga KTM.
  • Dilengkapi instrumen meter TFT berwarna 4.2 inci.
  • Ada dua mode tunggangan iaitu Street dan Sport.
  • Dilengkapi modulator Bosch 10.3MB dengan sambungan ABS standard dan opsyen ABS Supermoto.
  • Fork USD 43mm WP Apex Open Cartidge dengan jarak gerak 230mm.
  • Monoshock belakang WP Apex Separate Piston.
  • Brek cakera depan 320mm dengan kaliper ByBre dwi-piston.
  • Brek cakera belakang 240mm dengan kaliper piston tunggal.