
YOHE ialah jenama topi keledar baharu yang baru memasuki pasaran Malaysia. Jenama ini berasal dari China dan ditawarkan pihak Hodaka Motoworld Malaysia.
Sebagai permulaan, model pertama disediakan untuk pengguna Malaysia ialah YOHE 868-2 iaitu jenis jet (open face).
Apa beberapa aspek pada YOHE 868-2 yang menjadikannya menarik dan mampu menjadi antara pilihan diminati pengguna. Kami gariskan beberapa ciri menarik:
- Rekaan keseluruhan topi keledar lebih menarik dan moden. Sudah menjalani ujian terowong angin untuk:
- Kurangkan kesan seretan (lebih aerodinamik)
- Kurangkan kesan bunyi (lebih senyap)
- Dua skim pilihan iaitu warna solid tunggal dan grafik.
- Harga jualan dari RM319 (warna solid) hingga RM339 (grafik).
- Visor saiz besar, memanjang ke bawah dan setebal 2.2mm.
- Ada visor matahari dalaman, boleh turun naik guna tuas di sebelah kiri topi keledar.
- Cangkerang luar diperbuat menggunakan material ABS dan ada dua saiz iaitu:
- XS hingga M
- L hingga XXXL
- Mematuhi piawaian standard homologasi ECE R22.06.
- Bahagian dalaman hipoalergenik boleh ditanggalkan dan dibasuh.
- Tali pengikat jenis gelang-D berganda.
- Ada saluran bersepadu untuk pembesar suara interkom Bluetooth.
- Waranti kilang adalah selama satu tahun.











































