CFMOTO Papio XO-2: Fun bike gaya motor trail akan lancar di Malaysia tak lama lagi?

Semalam, CFMoto Malaysia secara rasminya melancarkan model fun bike (motosikal mini) CFMOTO Papio Racer (CFMOTO Papio XO-1 Racer Version 2.0) di Malaysia.

Namun, kami nampak ada sesuatu dalam klip video promosi Papio Racer terbaharu. CFMoto Malaysia memberi petunjuk keluarga fun bike Papio akan menyambut ahli baharu.

Model yang ditayangkan di bahagian penghujung video itu ialah CFMOTO Papio XO-2 versi trail. Gambar di bawah ini menunjukkan perbezaan versi Racer dan Trail.

Jika anda ikuti siaran langsung pelancaran di TikTok, memang nampak ada kelibat XO-2 sebelum suntingan video (beberapa visual sudah dipadamkan) dikongsi di Facebook.

Sebenarnya, model Papio XO-2 (versi 2024) pernah dipamerkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) tiga tahun lalu (November 2023).

Ada beberapa perbezaan antara dibandingkan varian Papio XO-1 Racer denganPapio XO-2 (Trail) tahun 2024 iaitu:

Fairing Badan

  • XO-1 ada panel badan penuh (full fairing).
  • XO-2 ibarat gaya trail / naked bike tanpa kowl.

Penghadang Angin (Visor)

  • XO-1 ada penghadang angin. XO-2 tiada.

Bar Hendal

  • XO-1 lebih rendah.
  • XO-2 hendal ditinggikan sedikit.

Cermin Sisi

  • XO-1 diikat pada penghujung bar hendal.
  • XO-2 dipasang pada perumah konsol butang kawalan.

Tempat Duduk

  • XO-1 memiliki pelana terpisah antara penunggang dan pembonceng.
  • XO-2 pelana jenis tunggal dikongsi penunggang dan pembonceng.