Zontes ZT 552T (2026): Ini perincian 4 model skuter terbaru Zontes debut di EICMA 2025

ENJIN ZONTES 552

Zontes menunjukkan kesungguhan untuk bersaing dengan pengeluar motosikal Jepun selepas mempertontonkan barisan model skuter terbaru mereka iaitu siri ZT 552T di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2025.

Ada empat model dalam siri Zontes ZT 552T ditampilkan di Itali dan satu perkara yang perlu kita ketahui lebih awal ialah nombor 552 itu bukannya kapasiti enjin yang digunakan skuter-skuter ZT 552T.

BARISAN MODEL ZONTES ZT 552T

  • Zontes ZT 552T G – skuter adventure
  • Zontes ZT 552T S –  skuter maxi
  • Zontes ZT 552T Z –  skuter maxi sporty
  • Zontes ZT 552T H –  skuter maxi versi lebih ringan

ENJIN ZONTES ZT 552T

Semua model skuter Zontes ZT 552T berkongsi banyak komponen sama termasuk enjin dan sistem transmisi.

Enjin Zontes ZT 552T jenis 2 silinder sebaris (2-inline) berkapasiti 531cc dengan DOHC dan 4 injap untuk setiap silinder.

Penyampaian petrol ke kebuk pembakaran dibuat melalui sistem pancitan api BOSCH.

Output enjin ialah 51 hp (38 kW) @7,250rpm dan tork puncak adalah 56Nm @ 5,500rpm.

SISTEM TRANSMISI ZONTES ZT 552T

Semua skuter dalam keluarga Zontes ZT 552T menggunakan kotak gear CVT automatik dengan pacuan berasaskan tali sawat (belt) untuk roda belakang.

APA BEZA SETIAP VARIAN ZONTES ZT 552T (2026)

Di bawah ini adalah perincian dan spesifikasi yang diketahui untuk setiap varian Zontes ZT 552T. Sebahagian besar komponen nampaknya dikongsi antara 4 varian 552T.

Ini termasuk fork depan teleskopik USD (upside-down), sistem brek cakera dengan tambahan ABS dua-saluran. Saiz tayar sama untuk tiga model skuter maxi (S, Z dan H) iaitu 120/70-15 (depan) dan 160/60-15 (belakang).

Model Zontes ZT 552T G menggunakan rim jejari dengan saiz 17 inci untuk roda depan berbalut tayar blok 120/70-17. Memandangkan model G ialah skuter adventure, ada beberapa komponen dan ciri berbeza seperti sistem kawalan cengkaman (Traction Control) boleh dipadamkan, ada crash bar (bar rempuh), handguard dan peg kaki (footrest) tambahan untuk berdiri semasa menunggang.

Zontes ZT 552T H ialah model skuter paling ringan dalam siri 552T dengan berat 178kg. Ini disebabkan skuter ini menggunakan frem aluminium. Selain itu, tangki minyaknya lebih kecil iaitu 14.5 liter dan jarak roda adalah lebih pendek 1,445mm.

Zontes ZT 552T S ialah skuter maxi sesuai untuk kegunaan harian manakala Zontes ZT 552T Z adalah versi S dengan imej lebih sporty.

PERINCIAN VARIAN ZONTES ZT 552T (2026)

Zontes ZT 552T G

Zontes ZT 552T G

Zontes ZT 552T G – skuter adventure

  • Berat 212kg
  • Jarak roda 1,550mm
  • Tinggi tempat duduk 770mm
  • Tangki minyak 17 liter
  • Penggunaan minyak 4.3 liter setiap 100km
  • Tayar depan 120/70 – 17
  • Tayar belakang 160/60 – 15
  • Brek cakera depan belakang ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2 saluran
  • Rim jenis lidi (spokes) dengan tayar tanpa tiub
Zontes ZT 552T S

Zontes ZT 552T S

Zontes ZT 552T S –  skuter maxi

  • Berat tidak didedahkan
  • Jarak roda 1,550mm
  • Tinggi tempat duduk 770mm
  • Tangki minyak 17 liter
  • Penggunaan minyak 4.3 liter setiap 100km
  • Tayar depan 120/70 – 15
  • Tayar belakang 160/60 – 15
  • Brek cakera depan belakang ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2 saluran
Zontes ZT 552T Z

Zontes ZT 552T Z

Zontes ZT 552T Z –  skuter maxi sporty

  • Berat tidak didedahkan
  • Jarak roda 1,550mm
  • Tinggi tempat duduk 770mm
  • Tangki minyak 17 liter
  • Penggunaan minyak 4.3 liter setiap 100km
  • Tayar depan 120/70 – 15
  • Tayar belakang 160/60 – 15
  • Brek cakera depan belakang ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2 saluran
Zontes ZT 552T H

Zontes ZT 552T H

Zontes ZT 552T H –  skuter maxi versi lebih ringan

  • Berat 178kg
  • Jarak roda 1,445mm
  • Tinggi tempat duduk 760mm
  • Tangki minyak 14.5 liter
  • Penggunaan minyak 4.3 liter setiap 100km
  • Tayar depan 120/70 – 15
  • Tayar belakang 160/60 – 15
  • Brek cakera depan belakang ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2 saluran