
Boon Siew Honda (BSH) memutuskan untuk memperbaharui pilihan warna untuk model kapcai Honda Dash 125, sebagai persiapan awal melangkah masuk ke tahun 2026.
Honda Dash 125 kini hadir dengan empat warna serba baharu iaitu Kelabu, Biru, Putih dan Hijau. Spesifikasi kekal seperti model sedia ada.
Perubahan warna terkini menyaksikan penggunaan liveri badan baru yang dibahagi kepada dua kelas iaitu Modern Sporty dan Neo Sportivo.
Modern Sporty
- Ada tiga pilihan warna diposisi dalam kelas Modern Sporty.
- Setiap model ini menggunakan hiasan grafik geometri berlapis tajam yang mengukuhkan imej Dash 125 dengan karakter lincah dan sporty.
- Warna model ialah Kelabu, Biru dan Putih.
Neo Sportivo
- Hanya satu pilihan warna ditempatkan dalam kelas Neo Sportivo iaituĀ Hijau
- Neo Sportivo dikaitkan dengan aura kemas dan garang.
- Ini diterjemahkan dnegan penggunaan kemasan berwarna hijau pekat dengan kombinasi perincian kelabu gelap dan jalur kelabu ringkas.
- Malah logo sayap Honda juga dipamerkan di kedua-dua sisi motosikal.
HARGA
BSH menyatakan semua warna baharu Honda Dash 125 ini akan dijual pada harga badan RM6,599 dan ini tidak termasuk cukai jalan, insurans dan caj pendaftaran.
Honda Dash 125 dengan warna pilihan baharu sudah berada di rangkaian dan bilik pameran IMPIAN X hari ini (17 Disember 2025).
JAMINAN
- BSH tawar jaminan pengilang selama 2 tahun atau 20,000km (mana-mana tiba dulu).
- Untuk ketenangan minda tambahan, anda boleh tinjau program waranti lanjutan Honda X-Tend.
SPESIFIKASI
- Enjin satu silinder 124.9cc 2-injap SOHC dengan penyejukan udara dan sistem suntikan bahan api (FI).
- Gerek x lejang: 52.4mm x 57.9mm
- Nisbah mampatan 9.3 : 1
- Kuasa maksimum 9.9hp (7.4kW) @ 8,000rpm
- Tork maksimum tork 9.54Nm @ 6,500rpm
- Kotak gear 4 kelajuan
- Frem jenis backbone
- Lampu depan jenis LED
- Ada penghidup butang (push start) dan penendang kaki (kick starter)
- Fork depan jenis teleskopik biasa, absorber kembar jenis berkembar
- Guna brek cakera tunggal untuk roda depan dan belakang
- Rim 17 inci dengan tayar tanpa tiub saiz 70/90 (depan), dan 80/90 (belakang).
- Panjang 1,894mm
- Lebar 707mm
- Tinggi 1,108mm
- Jarak roda 1,237mm
- Tinggi tempat duduk 767mm
- Jarak dari bumi 142mm
- Berat 105kg
- Tangki minyak 4 liter

































