QJMOTOR sudah menunjukkan minat untuk bermain dalam liga motosikal adventure kelas 500cc, mengikut jejak sama yang dilakukan pihak CFMOTO, Triumph dan BMW.
CFMOTO sudah ada model 450MT dan BMW pula akan mengetengahkan motosikal BMW F 450 GS tidak lama lagi. Triumph ada Speed 400 dan Scrambler 400 X.

QJMOTOR SRT 400 X: Pencabar BMW & CFMOTO?
Model yang akan ditampilkan ialah QJMotor SRT 400 X. Berdasarkan dokumen yang difailkan di China, ada dua varian dan dua versi iaitu: ada kotak simpanan dan tanpa kotak simpanan.
Model ini belum dilancarkan di China… buat masa ini. Apa yang jelas ialah SRT 400 X ini memang akan mencabar CFMOTO 450MT dan BMW F 450 GS.
QJMotor SRT 400 X menggunakan enjin 2-silinder sebaris 449cc dan dikatakan mampu menjana kuasa kuda lebih tinggi berbanding dua pesaingnya. Ini perbezaan output kuasa:
- SRT 400 X: 52hp
- 450MT: 44hp
- F 450 GS: 47hp
APA KAMI TAU TENTANG QJMOTOR SRT 400 X
- Motosikal adventure dari QJMOTOR ini akan menggunakan frem keluli konvensional untuk menampung enjin 2-silinder.
- Fork depan jenis USD dan diyakini dari jenama Marzocchi. Swing arm belakang jenis aluminium dengan penyerap hentak tunggal (monoshock).
- Ada bar pelindung tambahan diikat pada frem untuk melindungi bahagian depan enjin.
- Ada plet pelindung dipasang di bawah enjin.
- Lampu signal belok disatukan dalam hand guard (gard tangan).
- Lampu depan jenis berasingan dan diletak di kiri dan kanan fork serta dilindungi panel badan sisi. Ada satu lampu tengah di kepala motosikal.
- Rim depan jenis jejari 21 indi dengan tayar 90/90.
- Rim belakang jejari 18 inci bersama balutan tayar 140/70.
- Berat motosikal 183kg dan kalau pasang kotak aluminium sisi serta atas, berat naik jadi 204kg.



