Suzuki Gixxer 250 (2026): Pengguna Jepun dapat 3 seragam terkini tahun 2026

Suzuki juga mengemaskini motosikal naked Suzuki Gixxer 250 dengan pengenalan warna baharu dan liveri badan lebih segar untuk model tahun 2026 di Jepun.

Warna baharu diperkenalkan di Jepun ialah Pearl Glacier White (putih).

Dua warna lain iaitu biru dan hitam dikekalkan tetapi terima kombinasi warna lebih kemas dan grafik badan baharu.

Perubahan kosmetik itu menyebabkan harga badan meningkat 11,000 yen (RM272), menjadikan harga Suzuki Gixxer 250 di Jepun ialah 492,800 yen (RM12,195).

Tidak ada apa-apa perubahan spesifikasi dibuat untuk model 2026.

Spesifikasi Suzuki Gixxer 250 (2026)

  • Enjin silinder tunggal 249cc SOHC 4-injap dengan sistem penyejukan minyak dan sistem suntikan bahan api (FI)
  • Gerek x lejang: 76mm x 54.9mm
  • Kuasa:  25.5hp @ 9,300rpm
  • Tork: 22Nm @ 7,300rpm
  • Tangki minyak 12 liter
  • Kotak gear klac manual 6-kelajuan
  • Frem jenis berlian (diamond)
  • Brek depan: Cakera tunggal dengan sistem brek ABS
  • Brek belakang: Cakera tunggal dengan sistem brek ABS
  • Tayar depan: 110/70 R17
  • Tayar belakang: 150/60 R17
  • Panjang: 2,010mm
  • Lebar: 805mm
  • Tinggi: 1,035mm
  • Jarak roda: 1,345mm
  • Jarak lega bumi: 165mm
  • Tinggi pelana: 800mm
  • Berat: 154kg