Jenama X-WEDGE akan debut di Malaysia tidak lama lagi?

X-WEDGE

Penantian bakal berakhir.

X-WEDGE Malaysia sudah memulakan kempen hebahan kedatangan jenama motosikal cruiser premium secara rasmi ke pasaran Malaysia.

Berapa model yang akan diperkenalkan dan berapa harganya? Itu kita perlu bersabar sedikit kerana pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa yang amat terdekat. Dalam sehari dua lagi…

Sebenarnya, ada beberapa model motosikal X-WEDGE berada di Malaysia sejak tahun lalu namun digunakan untuk sesi pengenalan, pameran dan promosi.

Syarikat yang memperkenalkan jenama X-WEDGE ini di Malaysia sudah tentunya MForce Bike Holdings (MForce).

X-Wedge pula ialah jenama baharu bawah Huansong Industrial Group memulakan operasi pada 1988. Jenama X-Wedge membuat debut rasmi pada 9 September 2023.

Antara kempen promosi sudah dijalankan MForce di Malaysia sebelum ini termasuk tunggang uji terbuka di ibu pejabat MForce (Jun) serta tayangan di Terengganu International Bike Week.

Tidak lupa juga sesi tunggang uji di Sungai Petani, Kedah sempena WMGS X Anniversary (Wings Motor Gang Society – WMGS) pada Julai lalu.

MForce juga ada membawa barisan media permotoran tempatan ke China untuk menunggang uji lima model X-WEDGE di Ibu pejabat Huansong Industrial Group di Chongqing, China pada Mac 2025.

Media juga berpeluang melawat pusat pameran X-WEDGE di China yang menempatkan semua keperluan dalam satu bangunan. Khabarnya, strategi sama akan dibuat di Malaysia.

X-Wedge memiliki produk dalam segmen trike bike, cruiser, cruiser berserta side car dan sport cruiser spyder (2-roda depan).

ARTIKEL BERKAITAN