
Selain model skuter maxi FORT 600, QJMOTOR juga membawa beberapa skuter lain ke Pameran Motor Milan (EICMA) 2025 termasuk skuter QJMOTOR FORT 400.
Fort 400 juga dikenali sebagai Fortress 400 didatangkan dengan bentuk badan maskular walaupun statusnya masih sebuah skuter. Sarat dengan garis badan namun tidak tajam.
Skuter ini nampak seperti ada potensi untuk diperkenalkan di Malaysia tetapi kata putus mengenai kedatangan model ini ada di tangan pihak MForce Bike Holdings (MForce).
Ini adalah perincian mengenai QJMOTOR FORT 400:
- Penghadang angin bersaiz besar.
- Sistem kemasukan tanpa kunci (keyless).
- Ada kamera dashcam depan-belakang.
- Tempat isian petrol ada di antara tempat letak kaki. Lantai pemijak (floor board) bukannya rata.
- Fork depan jenis teleskopik, absober belakang jenis berkembar (tiada sub-tank|).
- Sistem pencahayaan LED penuh, ada lampu nyalaan siang (DRL) di bahagian hadapan.
- Tempat duduk jenis tunggal tetapi berbeza tahap ketinggian untuk pembonceng.
- Ada bar pembonceng siap untuk dipasang kotak simpanan atas (top box).
- Sistem brek cakera tunggal untuk roda depan dan belakang.
- Enjin 1-silinder 394cc dengan 4 injap dengan sistem sejukan cecair dan sistem suntikan bahan api.
- Kuasa maksimum 31kw pada 7,500rpm
- Tork 41.2Nm pada 6,000rpm
- Sistem kotak gear jenis automatik CVT. Pacuan akhir jenis tali sawat.
- Panjang: 2,165mm
- Lebar 765mm
- Tinggi 1,320rpm
- Jarak roda 1,510mm
- Tinggi pelana 785mm
- Jarak bumi 140mm
- Berat kasar 187kg
- Tangki minyak 11.7 liter
- Tayar depan satu saiz iaitu 120/70 untuk rim 15 atau 16 inci
- Tayar belakang dua saiz iaitu 150/70 atau 140/70
- Rim aloi depan ada dua saiz iaitu 15 dan 16 inci tetapi rim belakang kekal 14 inci







