Yamaha JOG125 2024 terima warna baharu di pasaran Jepun

Model skuter Yamaha JOG125 2024 telah diperkenalkan di pasaran Jepun, dengan dua pilihan warna baharu iaitu Light Blue dan Red. Dua pilihan warna terdahulu juga masih ditawarkan iaitu Black dan White. Harga jualannya pula ditawarkan sebanyak 264,000 Yen (RM 7,922.01).

Selain pilihan warna baharu, Yamaha JOG125 2024 masih mengekalkan spesifikasi dan ciri-ciri seperti mana model tahun sebelumnya. Antaranya enjin Blue Core 124cc (Air-cooled, 4-stroke, SOHC, 2-valve) dengan kuasa maksimum 8.3PS @ 7,000rpm dan tork 9.8Nm @ 5,000rpm.

Model itu kemudiannya dilengkapi teknologi SMG (Smart Motor Generator), ruang storan depan yang boleh mengisi botol air 600ml, cangkuk depan boleh lipat, ruang storan di bawah tempat duduk seluas 21.3 liter, sistem brek UBS (Unified Brake System), dan tangki petrol 4.0 liter.

Yamaha JOG125 didatangkan dengan roda depan dan belakang yang masing-masing berukuran 90/90-10. Tinggi tempat duduknya mencapai angka 735 mm, dan beratnya hanya 95 kg. Untuk pasaran domestik Jepun, jualannya telah bermula secara rasmi pada tarikh 19 Mac 2024.

Artikel berkaitan :