Pasaran USA kini rasmi menerima ketibaan model sport bike terbaharu Honda CBR500R 2024. Tampil berwajah baharu, Honda CBR500R 2024 kini dilengkapi lampu depan LED dan fairing rekaan baharu, panel TFT berwarna 5.0 inci dengan sistem Honda RoadSync, Handle Switch with Honda Selectable Torque Control (HSTC), dan Taillight with Emergency Stop Signal (ESS).
Dua pilihan warnanya ialah Grand Prix Red dan Matte Black Metallic, seterusnya ditawarkan dengan harga $7,399.00 (RM 35,066.35). Enjinnya masih 471cc (liquid-cooled, DOHC, parallel twin) dengan sistem transmisi enam kelajuan dan Assist & Slipper Clutch. Untuk lebih banyak gambar-gambar menarik, anda boleh lihat Honda CBR500R 2024 untuk pasaran Eropah di sini.