KTM 390 Duke 2024 dilancarkan di Malaysia, harga RM 35,800.00

Selain model KTM 250 Duke 2024, sebuah lagi model baharu yang turut dilancarkan baru-baru ini ialah KTM 390 Duke 2024. Berdasarkan paparan di dalam laman web rasmi KTM Malaysia, model naked tersebut hanya ditawarkan dengan satu pilihan warna sahaja iaitu Atlantic Blue.

Untuk pasaran tempatan, KTM 390 Duke 2024 ditawarkan dengan harga asas RM 35,800.00. Enjinnya bersesaran 398.7cc dengan satu silinder, dan dipadankan dengan sistem transmisi enam kelajuan. Janaan kuasa maksimumnya mencapai 44hp, dengan tork maksimum 39Nm.