CFMOTO 500SR VOOM 2024 diperkenalkan dengan enjin 4-silinder

CFMOTO bakal melancarkan model sports terbaharu CFMOTO 500SR VOOM 2024, dan kini model tersebut telah didedahkan melalui paparan sebuah video teaser. Berdasarkan maklumat yang ada setakat ini, CFMOTO 500SR VOOM dikuasakan enjin 4-silinder yang bertenaga, dan model bergaya retro moden itu mampu mencapai kelajuan maksimum melebihi 230 km/j.

Menurut sumber, CFMOTO 500SR VOOM bakal didedahkan sepenuhnya di Beijing Motorcycle Show 2024, yang berlangsung dari 17 sehingga 20 Mei 2024. Pasarannya pula selain daripada pasaran domestik China, sudah tentu akan termasuk pasaran global. Dijangkakan CFMOTO 500SR VOOM ini akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia. Jadi adakah anda bersedia?